kipil

"....Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu...sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan...senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan....segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman..."

Selamat Datang

Random Post

Kata Bijak Pandai

Tanda cerdik seseorang adalah pada ucapannya........

Tanda berani seseorang adalah pada tindakannya........


Tanda bijak seseorang adalah pada keterampilannya........


Tanda mulia seseorang adalah pada keperibadiannya......


-Prof. Dr. Hamka

Label


Saja

Malaysian Super League 2017

Carian

Google
 



SHAH ALAM:
Perlawanan bola sepak Piala Selangor 2009 akan diadakan antara pasukan Selangor dan Kelab Persib Bandung, Indonesia di Stadium Shah Alam di sini pada 31 Julai ini, kata Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau berkata perlawanan kali ini adalah amat bermakna kerana pasukan Kelab Persib Bandung yang menerima undangan Jawatankuasa Penganjur dan Kerja Piala Selangor, akan menjadi pasukan pertama dari Indonesia yang bakal bermain dengan pasukan Selangor.

"Perlawanan ini memberi pelbagai ruang dan kesempatan kepada Selangor untuk terus maju ke hadapan dalam sukan bola sepak, selain mengisi tabung Persatuan dan mengeratkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Indonesia," kata Khalid kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Pelancaran Piala Selangor di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini.

Menteri Besar Selangor itu berkata FAS akan membiayai keseluruhan kos perlawanan Piala Selangor kali ini jika gagal mendapat sebarang bantuan tajaan daripada syarikatsyarikat penaja.

Tiket bagi perlawanan itu akan dijual di pejabat FAS dan di pintu masuk Stadium Shah Alam dengan harga RM10 bagi dewasa dan RM5 bagi kanakkanak bawah 12 tahun.

Perlawanan bermula pukul 8.45 malam.

Sumber: Bernama





**jom pakat ramai2 penuhkan stadium, kasi gema sorakan sampai dgr dr federal hiway...hahaha...

0 comments

Post a Comment

-