Sumber: Sdr Qaiyum
http://qaiyum.net/2008/02/06/perjuangan-lagenda-allahyarham-tan-sri-p-ramlee/
Allahyarham Tan Sri P. Ramlee Telah Lama Meninggalkan Kita. Namun Hasil Seni Beliau Tetap Menjadi Hiburan Kita Hingga Ke Hari Ini. Hasil-Hasil Titik Peluhnya Suatu Ketika Dahulu Dilihat Telah Menjadi Sebuah Karya Agung @ ‘Masterpiece‘ Yang Banyak Mempengaruhi Peminat-Peminatnya Dan Sesiapa Sahaja Yang Mengikuti Hasil Kerja Beliau. Untuk Entri Kali Ini Saya Hanya Akan Menceritakan Antara Hasil Karyanya Dalam Dunia Seni Perfileman Beserta Pembawaannya Dalam Khidmat Sosial Terutama Yang Menyentuh Bangsa Melayu. Skop Perbincangan Kita Akan Meliputi Filem² Arahan & Lakonan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee Sendiri Yang Agak Diminati Ramai, Terutamanya Filem² Komedi Beliau.
Namun Sejauh Mana Anda Menilai Setiap Filem² Yang Mempunyai Kaitan Dengan Beliau Ini? Walaupun Genre Komedi Menjadi Fokus, Tetapi Nilai Kemasyarakatan Dan Perjuangan P. Ramlee Dalam Mengubah Mentaliti Dan Pemikiran Orang² Melayu Pada Zamannya. Dapat Kita Saksikan Dan Nilaikan Sendiri Betapa Unsur² Yang Meliputi Keluarga, Masyarakat Sekitarnya, Politik, Ekonomi, Pendidikan Dan Sebagainya Di Dalam Cerita²nya. Genre Filem Yang Serius Seperti Ibu Mertuaku, Antara Dua Darjat, Anakku Sazali, Dan Lain-Lain Telah Berjaya Mengupas Antara Permasalahan Yang Berlaku Pada Lapisan Keluarga. Dan Secara Jujurnya Ia Menyentuh Realiti Kita Sendiri. Dan Sejauh Mana Kita Mengambil Iktibar Terhadap Peristiwa Itu.
Saya Pendekkan Cerita, Entri Ini Akan Memberi Sedikit Ulasan Terhadap 3 Judul Filem P. Ramlee Antara Yang Popular Iaitu Tiga Abdul, Pendekar Bujang Lapok & Ali Baba Bujang Lapok. Namun Diharapkan Filem² Lain Dapat Kalian Teroka Dan Nilai Sendiri Intipati² Yang Boleh Dijadikan Tauladan Suatu Masa Nanti.
TIGA ABDUL
Antara Salah Satu Filem Kegemaran Saya. Walaupun Dikategorikan Filem Berunsur Komedi, Tapi Filem Inilah Yang Paling Menyentuh Hati Saya Dalam Memahami Konsep Kekeluargaan & Masyarakat. Temanya Mudah. Kisah 3 Beradik Yang Pelbagai Sifat Tetapi Ada Antara Mereka Yang Memiliki Sifat Tamak Dan Sayangkan Harta. Hinggakan Harta Itu Nanti Yang Menjadi Bahana Mereka Kelak. Seperti Kata “Air Dicincang Tidak Akan Putus..” Begitulah Akhirnya Filem Ini Ditamatkan.
Namun Ada Sesuatu Yang Saya Khuatirkan Apabila Menonton Suatu Babak Di Dalam Filem Ini. Iaitu Tatkala Lagu ‘Tolong Kami‘ Yang Didendangkan Oleh Sebilangan Anak Yatim Di Kaki² Jalan Bagi Memohon Derma. Irama Lagu Ini Jika Dihayati Sangat Menusuk Kalbu. Terasakah Anda? Tidakkah Terasa Seperti Mahu Berlinangan Air Mata? Saya Merasakan Begitu. Melodi Yang Mendayu² Meraih Simpati Orang Ramai Dan Sekaligus Menyampaikan Kesusahan Yang Mereka Alami. Yang Saya Khuatirkan Adakah Sampai Begitu Sekali Masyarakat Kita Hari Ini? Menjaga Anak Yatim Adalah Fardhu Kifayah Bagi Kita Semua. Banyak Ayat² Al-Quran Mengingatkan Umat Islam Untuk Menjaga Kebajikan Anak² Yatim Di Muka Bumi Ini. Dan Hukum² Syarak Juga Banyak Yang Memberi Kelebihan Kepada Anak Yatim Terutama Yang Berkaitan Dengan Harta. Namun, Adakah Anak² Yatim Kita Sekarang Ini Ada Yang Sampai Ke Tahap Turun Ke Jalanan Untuk Meminta Derma? Harap Dijauhkan. Tetapi Kalau Ianya Berlaku, Dimanakah Peranan Masyarakat Hari Ini Hingga Sanggup Kita Mengabaikan Para Anak Yatim. Dan Kita Terlalu Leka Dengan Urusan Duniawi.
Rasanya Selalu Sahaja Kita Terserempak Dengan Mereka Yang Mendakwa Anak Yatim Ini Di Kaki² Lima, Pusat Membeli Belah, Menyinggah Di Restoran Makan Dan Beberapa Tempat Tumpuan Lain Dengan Niat Untuk Meminta Derma Mahupun Menjual Sesuatu. Tapi Adakah Kita Memberikan Bantuan Kepada Mereka? Atau Sekadar Buat Tak Tahu Sahaja Dengan Kehadiran Mereka Ini. Bahkan Ada Yang Menghalau Mungkin. Nah! Sungguh Sombong, Bongkak Dan Kedekutkah Masyarakat Kita? Saya Berkata Begini Bukanlah Saya Juga Selalu Membuat Amal Jariah. Kadang² Mereka Yang Datang Kepada Saya Ingin Sangat Saya Bantu. Tetapi Memandangkan Keadaan Diri Juga Tidak Mengizinkan Untuk Membantu Mereka, Saya Terpaksa Mengatakan “Tidak Dapat Bantu..” Kepada Mereka. Membuatkan Hati Terasa Sangat Bersalah. Dan Oleh Itu Saya Ingin Mengingatkan Diri Sendiri Selepas Ini Untuk Lebih Mengambil Berat Terhadap Para Anak Yatim Ini Yang Sedang Berusaha Untuk Teruskan Kehidupan. Lupakan Teori Mereka Didalangi Sindiket Atau Sebagainya. Bantulah Mereka Jika Mereka Mendakwa Mereka Adalah Anak Yatim. Tiada Salahnya Membantu. Pahala Sentiasa Menanti.
Harapan Saya Adalah Untuk Tidak Lagi Ingin Melihat Anak² Yatim Terus Berada Di Jalanan Meraih Simpati Masyarakat. Sepatutnya Masyarakat Yang Pergi Kepada Mereka Dan Menghulurkan Bantuan. Kemanakah Peranan Masyarakat Dalam Menunaikan Fardhu Kifayah Mereka? Allahu’alam.
Silalah Mendengar Lagu “Tolong Kami..” Dalam Video Youtube Yang Telah Saya Sediakan Di Atas. Hayatilah Lirik Dan Melodi Lagu Tersebut. Semoga Kita Akan Sama² Insaf Dan Sentiasa Memandang Tanggungjawab Kita Kepada Mereka. Tan Sri P. Ramlee Telah Berjaya Mencetuskan Fenomena Masyarakat Dengan Gayanya Tersendiri. Sungguh Agung Lagenda Ini.
PENDEKAR BUJANG LAPOK
Salah Sebuah Filem Arahan Beliau Kegemaran Saya. Mungkin Kerana Di Dalamnya Terdapat Alunan Lagu “Maafkan Kami” Yang Saya Rasakan Unik. Walaupun Jalan Ceritanya Agak Santai Dan Dipenuhi Dengan Unsur Komedi, Samada Anda Perasan Atau Tidak Banyak Penekanan Isu-Isu Berat Di Sepanjang Plot Cerita. Yang Utamanya Adalah Berkenaan Dengan Situasi Buta Huruf Di Kalangan Masyarakat Melayu Pada Waktu Itu. Rata-rata Memahami Bahawa Masyarakat Melayu Agak Jauh Ketinggalan Dalam Bidang Pendidikan Semasa Dan Selepas Zaman Penjajahan British. Kecuali Mereka Dari Kalangan Golongan Bangsawan.
Pada Era Itu (Mungkin 6o-70an) Kesedaran Peri Pentingnya Pendidikan Mungkin Masih Kurang Di Kalangan Masyarakat Melayu Terutama Mereka Yang Berada Di Kampung-Kampung. Mentaliti Masyarakat Melayu Sendiri Yang Lebih Gemarkan Cara Hidup Seperti Yang Selalu Mereka Amalkan (Hidup Kais Pagi Makan Pagi..) Dan Mungkin Juga Akibat Desakan Hidup Yang Memaksa Mereka Terpaksa Meminggirkan Pendidikan Untuk Anak-Anak. Dan Dari Situasi Itulah Allahyarham Tan Sri P. Ramlee Cuba Untuk Mengubah Pemikiran Dan Mentaliti Sebilangan Masyarakat Melayu Yang Tidak Mementingkan Pendidikan Ini Agar Keluar Dari Kepompong Mereka. Dan Perjuangan Untuk Menyedarkan Mereka Betapa Peri Pentingnya Pendidikan Itu Saya Rasa Telah Disampaikan Dengan Cara Paling Halus Dan Tidaklah Terlalu Sinis Seperti Apa Yang Kita Dapat Lihat Dalam Sesetengah Plot Di Dalam Kisah Ini.
“Oo.. Ini Saya Tau Ini.. Ini Huruf M..”
Atau Mungkin Adakah Ayat Seloroh Di Atas Membawa Maksud Kita Sedang Meminggirkan Bahasa Tulisan Ibunda Kita Iaitu Jawi ? Hinggakan Kita Lebih Mengenali Tulisan Rumi Berbanding Jawi Yang Mana Seperti Nenek Moyang Kita Telah Ciptakan Untuk Kegunaan Bangsanya ? Entahlah.. Kita Telah Ditelan Gelombang Masa..
ALI BABA BUJANG LAPOK
Ini Juga Sebuah Filem Yang Tidak Pernah Saya Bosan Untuk Menontonnya Berulang Kali. Terutama Adegan Dialog Buka & Tutup Pintu Gua. Membawa Filem Melayu Jauh Sedikit Dari Alamnya. Iaitu Berlatar-belakangkan Suasana Negeri Arab. Dan Macam Biasa, Tan Sri P. Ramlee Tiada Langsung Intipati Dialog Dan Pengisian Di Dalam Cerita P. Ramlee Yang Tiada Membawa Apa-Apa Makna. Samada Secara Halus Atau Secara Terus, Semuanya Adalah Berkaitan Dengan Masyarakat Melayu Kita Sendiri. Dalam ‘Menegur’ Atau Menilau Sebarang Unsur-Unsur Negatif Di Dalam Cara Hidup Dan Pemikiran Orang Melayu.
Tema Atau Nilai Yang Paling Sesuai Untuk Saya Kupaskan Berkenaan Dengan Filem Ini Tidak Lain Dan Tidak Bukan Adalah Sifat Tamak Kita Sendiri. Begitu Juga Pandangan Kita Terhadap Mencari Kekayaan Dunia Turut ‘Ditegur’ Di Dalam Cerita Ini. Manakan Tidak, Adegan Kassim Baba Membawa Lori Untuk Mengaut Segala Harta-Harta Penyamun Di Dalam Gua Menunjukkan Sifat Tamak Yang Sememangnya Hiperbola Itu. Dengan Sifat Kedekut Yang Amat Diserapkan Ke Dalam Watak Kassim Baba, Sifat Tamak Juga Tidak Kurang Hebatnya. Begitu Juga Dengan Keadaan Diri Orang Kaya Yang Cuba Lari Dari Bayar Hutang Seperti Yang Terdapat Dalam Sisipan Video Di Atas. Begitulah Juga Dengan Halnya Hari Ini. Kita Sanggup Berhutang, Bergadai Tanah & Bendang, Semata-mata Untuk Kelihatan Mewah Di Mata Orang Lain. Sanggup Meminjam Along Atau Ceti-Ceti Haram Di Luar Sana. Mempunyai Kad-Kad Kredit Yang Pelbagai Syarikat. Yang Mana Akhirnya Akan Disenarai-hitamkan Oleh Pihak Syarikat Dan Bank.
Ada Atau Tidak Situasi Itu Di Dalam Masyarakat Kita Hari Ini? Nilailah Sendiri..
Dan Masih Terdapat Banyak Lagi Filem-Filem Dan Lagu-Lagu Yang Menyentuh Situasi Masyarakat Kita Yang Sesuai Pada Zamannya Dan Zaman Sekarang. Menyentuh Bukan Sekadar Untuk Bersinis-sinis Sesama Kita, Tetapi Lebih Untuk Memperbaiki Kehidupan Kita Dan Masyarakat Sekeliling Kita. Saya Tidak Nafikan Masih Ramai Lagi Karyawan Yang Berjuang Seperti Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Namun Sememangnya Beliau Tiada Pengganti Sepertinya. Anda Nilailah Sendiri Selepas Sini Sejauh Mana Agungnya Setiap Karya Beliau. Dan Bukan Kita Ambil Sekadar Untuk Berhibur Kosong. Terima Kasih Saya Ucapkan Kepada Beliau Dan Rakan Seperjuangan Beliau Yang Lain Di Atas Perjuangan Mereka Dalam Bidang Seni.
Kita Sedekahkan Bacaan Umul Kitab Agar Rohnya Sentiasa Dicucuri Rahmat..
Al-Fatihah..
Sumber: Sdr Qaiyum
http://qaiyum.net/2008/02/06/perjuangan-lagenda-allahyarham-tan-sri-p-ramlee/