kipil

"....Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu...sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan...senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan....segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman..."

Selamat Datang

Random Post

Kata Bijak Pandai

Tanda cerdik seseorang adalah pada ucapannya........

Tanda berani seseorang adalah pada tindakannya........


Tanda bijak seseorang adalah pada keterampilannya........


Tanda mulia seseorang adalah pada keperibadiannya......


-Prof. Dr. Hamka

Label


Saja

Malaysian Super League 2017

Carian

Google
 


Perniagaan meliputi tiap-tiap bentuk tred, perdagangan, pekerjaan, profesion, atau aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan bagi maksud-maksud mendapat keuntungan, tetapi tidak meliputi apa-apa jawatan atau penggajian atau apa-apa pengusahaan amal atau apa-apa kerja yang dinyatakan dalam jadual di bawah peruntukan Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 dan Kaedah-kaedah Pendaftaran Perniagaan 1957.


Dua (2) bentuk perniagaan:
  1. Perniagaan Tunggal - Perniagaan dimiliki sepenuhnya oleh seorang (1) pemilik
  2. Perniagaan Perkongsian - Perniagaan dimilki oleh  sekurang-kurangnya dua (2) orang dan tidak melebihi dua puluh (20) rakan kongsi
Bagaimana untuk mendaftarkan perniagaan tunggal & perkongsian?
1. Pemilik perniagaan atau orang yang bertanggungjawab hendaklah mendaftarkan perniagaan   (pemilik tunggal/perkongsian) tidak lewat 30 hari dari tarikh permulaan perniagaan.
2. Pendaftaran boleh dibuat dimana-mana kaunter SSM atau melalui perkhidmatan e-Lodgement
3. Lengkapkan Borang Pendaftaran Perniagaan Baru Borang A. Rujuk panduan pendaftaran perniagaan.
Perniagaan boleh didaftarkan menggunakan nama sendiri atau nama tred
(i) Nama sendiri – Perniagaan yang menggunakan nama sendiri seperti di kad pengenalan tidak perlu membuat permohonan kelulusan nama
(ii) Nama Tred – Lengkapkan Borang Permohonan Kelulusan Nama Perniagaan Borang PNA42  Rujuk panduan permohonan nama perniagaan.
4. Kelulusan nama perniagaan tertakluk kepada Kaedah 15, Kaedah Pendaftaran perniagaan 1957.
5. Pendaftaran baru perniagaan boleh boleh dibuat bagi jangkamasa satu (1) tahun  dan tidak melebihi lima (5) tahun pada setiap pendaftaran.

Siapa yang boleh menghantar permohonan?
Pemilik Perniagaan/Salah seorang rakan kongsi

Berapa Fi yang dikenakan?
Nama Tred – RM60 setahun
Nama sendiri - RM30 setahun
Cawangan - RM5 setahun bagi setiap cawangan

Bila Sijil Pendaftaran Perniagaan diperolehi?
1 jam dari masa bayaran

Kesahihan perakuan pendaftaran perniagaan
Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 Kesahihan Perakuan Pendaftaran Perniagaan yang dikeluarkan menggunakan kertas A4.


Sumber: www.ssm.com.my

-