kipil

"....Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu...sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan...senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan....segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman..."

Selamat Datang

Random Post

Kata Bijak Pandai

Tanda cerdik seseorang adalah pada ucapannya........

Tanda berani seseorang adalah pada tindakannya........


Tanda bijak seseorang adalah pada keterampilannya........


Tanda mulia seseorang adalah pada keperibadiannya......


-Prof. Dr. Hamka

Label


Saja

Malaysian Super League 2017

Carian

Google
 

Setiba di persimpangan
Langkah kita tak lagi sehaluan
Bermula di saat itu
Tidak senada irama dan lagu

Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti

Kau telah jauh, jauh dariku
Tiada ruang di hati buatmu
Namun harusku akui
Ada ketika di minda kau menjelma kembali

Sekali sekala ada
Ada rindu yang datang tiba-tiba
Tak mungkin kerana sayang
Cuma terganggu oleh perasaan

Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti

Kau telah jauh, jauh dariku
Tiada ruang di hati buatmu
Namun harusku akui
Ada ketika di minda kau menjelma kembali

Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti

Kau telah jauh, jauh dariku
Tiada ruang di hati buatmu
Namun harusku akui
Ada ketika di minda kau menjelma kembali

Tak mungkin kerana sayang
Hanya kadangkala aku terkenang

Lau: Ajai
Lirik: Habsah Hassan






Sumber: Muncet Entertainment

Semut boleh mengangkat 50 kali ganda dan menarik 30 kali ganda dari berat badannya.

Kelawar selalunya membeluk ke kiri apabila keluar dari gua. Hanya .016 mg toksin yang dikeluarkan oleh "Poison Frog" (katak beracun) boleh membunuh 180-paun manusia.

Seekor lebah perlu menghisap 4,000 kuntum bunga untuk mendapatkan satu sudu besar madu.


Kambing mempunyai anak mata yang berbentuk segi empat tepat.

Burung unta mempunyai kaki yang terpanjang. Kakinya boleh mencapai sepanjang 1.3m.

Haiwan betina selalunya mempunyai bilangan puting yang bernombor genap, dan selalunya dua belas.

Lebih 10,000 ekor burung mati setahun kerana merempuh tingkap.

Ayam jantan tidak boleh berkokok jika ia tidak memanjangkan tengkuk sepenuhnya.

Seekor zirafah boleh mencuci telinganya dengan menggunakan lidahnya yang panjang 21 inci.

Semua gajah berjalan berjengkit-jengkit kerana bahagian belakang kakinya dibuat daripada lemak dan tidak bertulang.

Itik yang berada di luar kumpulan tidur dengan sebelah mata terbuka tetapi yang berada di tengah pula dengan penuh yakin menutup kedua-dua belah mata.

Anjing mempunyai 100 ekspresi muka yang berbeza, kebanyakannya dibuat dengan menggunakan telinga. Malangnya baka 'bulldog' dan 'pit bulls' cuma ada 10. Oleh itu, mereka mudah disalah interpretasi oleh anjing-anjing lain menyebabkan.

Seekor lembu betina boleh mengeluarkan lebih kurang 200,000 gelas susu semasa hayatnya

Seekor kucing boleh berlari kira-kira 20 kilometer sejam (12 batu sejam) apabila ia matang. Tetapi yang ini tidak akan ke mana hari ini -terlalu malas !

Diet Panda ialah 99% buluh.

Deria rasa rama-rama di kaki belakangnya.

Sekiranya ekor kangaroo diangkat, ia tidak boleh melompat sebab ekornya berfungsi untuk mengimbangkannya.

Haiwan darat yang paling pantas di dunia ialah cheetah. Kelajuan yang boleh dicapainya ialah 60-70 batu per jam (110 km/jam).

Cengkadak hanya mempunyai satu telinga.

Hanya nyamuk betina yang akan gigit kerana protin dari darah diperlukan untuk pengeluaran telur.

Gigi tupai akan tumbuh berterusan. Gigi kacipnya boleh tumbuh sepanjang enam inci setahun, tapi masih pendik kerana penggunaan yang kerap.

Kelenjar di kaki rusa akan meninggalkan bau di jejak yang dilaluinya dan akan membantu mereka berkomunikasi diantara satu sama lain.

Tidak ada 2 ekor zebra yang mempunyai tanda yang sama.

Labah-labah mempunyai hidung dikaki yang boleh mengesan bau yang berkemungkinan mangsa, pemangsa atau pasangannya.

Ular tedung berleher hitam boleh menyemburkan bisa ke musuh sehingga sejauh 2.5m(8 kaki).

Seekor bebiri dewasa boleh menyimpan sehingga 2 liter air ubat kutu selepas mandi kutu

Cimpanzi boleh belajar mengenali dirinya di cermin tetapi monyet tidah boleh berbuat demikian.

Siput mengeluarkan cecair tanpa warna dan melekit yang bertindak sebagai pelapik dibawahnya semasa ia bergerak. Cecair ini begitu efektif sehingga membolehkan mereka merangkak di mata pisau tajam dan tidak melukakan mereka.

Belalang boleh melompat sejauh 40 kali ganda panjang badannya.

Burung hantu mempunyai bola mata yang berbentuk tiub. Oleh itu mereka tidak boleh mengerakkan mata mereka. Untuk melihat sekeliling mereka
terpaksa mengerakkan keseluruhan kepala.

Ada tapak sulaiman yang tidak perlu pasangan untuk membiak malah mereka boleh pecah kepada dua dan "tangan" yang baru akan tumbuh.

Lalat mempunyai 4000 kanta di setiap matanya.

Terdapat beberapa ekor singa yang boleh mengawan lebih dari 50 kali sehari.

Tanduk badak sumbu dibuat dari bulu yang dipadatkan.

Satu set gigi ikan yu boleh tumbuh dalam masa satu minggu!

Penyu dan kura-kura mempunyai kulit pelindung keras yang dibuat dari 59-61 tulang. Seperti tulang kita, kulit ini merupakan sebahagian dari rangka .

Sistem penghadaman arnab adalah unik. Ia akan berehat dalam lubang tanah selepas makan dan kemudian mengeluarkan najis lembut yang terjadi dari makanan yang separa hadam. Arnab akan makan najis tersebut untuk mendapat khasiat nya. Kemudian ia akan mengeluarkan najis berbiji-biji keras di luar lubang tanah.

Gigi tikus adalah seperti mata pisau kerana ia boleh mengunyah semua benda malah konkrit dan juga besi.

Makanan permulaan anak buaya mengandungi beberapa biji batu. Para saintis berpendapat batu ini sebagai pemberat yang membantu supaya dalam keadaan tegak semasa berenang dan/atau kisar makanan semasa penghadaman .

Burung belatuk boleh mencatuk dua puluh kali dalam masa satu saat..

Lipas boleh hidup selama sembilan hari tanpa kepala sebelum ia mati kelaparan.

Harimau bukan hanya mempunyai bulu yang berbelang malahan kulit nya juga berbelang

Burung penguin jantan akan mengeram sebiji telur yang ditelurkan oleh pasangannya, Semasa tempoh dua bulan ia tidak makan dan akan hilang 40% dari berat badannya.

Kumpulan angsa akan berjalan dalam garisan panjang, terbang dalam bentuk V. Semasa seekor angsa mengepak ini akan meningkatkan daya untuk lain yang mengikut, malah lebih 70% daya penerbangan jika dibandingkan terbang bersendirian.

Manusia mempunyai lebih kurang 600 otot; tapi ulat bulu ada lebih 4,000!! Hairan tak?

Ikan lumba-lumba perlu sedar semasa bernafas oleh itu mereka tidak boleh tidur nyenyak kerana ini boleh menyebabkan mati lemas. Mereka telah "menyelesaikan" masalah ini dengan hanya sebahagian dari otaknya yang tidur.

Landak dilahirkan bogel dan "duri" di badannya terdapat dibawah kulit dan akan bertunas dalam masa 36 jam.

Ekor monyet membantunya untuk imbangan.

"Skunk" boleh mengeluarkan bau yang busuknya itu sejauh 10 kaki.

Ikan emas akan akhirnya bertukar warna putih jika diletakkan di dalam bilik yang gelap.

Sotong mempunyai tiga jantung.

Bau merupakan cara komunikasi yang utama untuk musang. Ekor yang berbulu lebat dan besar (berus) membantu untuk menyebarkan bau di kawasan sekeliling! Apabila musang keletihan baunya akan kurang. Bila tidur tiada bau yang keluar.

Burung bangau bukan dilahirkan warna merah muda. Warna diperolehi dari makanan yang mengandungi pewarna "carotenoids". Boleh mengambil masa sehingga 3 tahun untuk anak bangau bertukar dari kelabu ke warna merah muda.

Ketam terkenal berjalan dari sisi!

Kuda tidak boleh bernafas melalui mulut mereka.

Hanya unta simpan kebanyakan lemaknya di dalam bonggol. Jika makanan , sukar dicari lemak ini akan memberi tenaga. Apabila lapar bonggol akan mengecut, kadang-kadang jatuh dan mengendur ke tepi. Selepas beberapa minggu rehat dan makan, ia akan menjadi kental dan berisi semula. Ianya bukan tempat menyimpan air seperti anggapan orangramai

Tiram boleh bertukar dari satu jantina ke jantina yang lain dan bertukar balik bergantung kepada jantina yang paling baik untuk mengawan.

Penglihatan "moose" (rusa besar) tidak baik dan mereka bergantung kepada deria bau yang tajam

Cahaya kunang-kunang adalah cahaya yang sejuk dan tidak mengeluarkan haba. Untuk perbandingan, mentol elektrik yang biasa mengeluarkan 10% tenaga untuk cahaya manakala 90% pembaziran haba.

Kebanyakan hamster kerdip hanya satu mata pada satu masa.

Anjing laut boleh menyelam sehingga 1,000 kaki dalam. Semasa menyelam, degupan jantung diperlahankan ke 4-15 degupan seminit.Dengan cara ini oksigen digunakan lebih perlahan oleh itu ia boleh berada di dalam air lebih dari 30 minit

Burung kakak tua tidak boleh bercakap. Ia cuma suka mengajuk/meniru bunyi siulan dan kata-kata .

Beruang kutub tidak boleh di kesan oleh camera inframerah kerana bulunya lut sinar.

Burung kiwi adalah buta oleh itu mereka memburu dengan menggunakan deria bau.

Sumpah-sumpah terkenal kerana berkebolehan menukar warna kulit mengikut tempat ia berada. Warnanya dikawal oleh hormon yang akan mempengaruhi pigmen kulit.

Kala jengking pendarfluor di bawah cahaya ultraungu dan ini memudahkan para saintis mencari nya di lapangan. Pendarfluor ini dianggap menjadi sebagai mekanisma yang sensitif ultraungu dan ini menghindarkan kalajengking dari merosakkan paras cahaya.

Koala bukan beruang. Ianya tidak ada kaitan langsung dengan beruang tetapi berkaitan dengan kanggaru dan wombat. Alasan mereka dipanggil beruang kaola kerana rupanya seperti beruang teddy.

Jika anda memberi gula kiub kepada rakun , ia akan cuba membersihnya (kerana rakun membersih semua makanannya sebelum makan). Ia akan membersihnya berkali-kali sehingga akhirnya gula kiub tersebut larut.

Mamalia yang terbesar di dunia ialah ikan paus biru Beratnya 50 tan semasa dilahirkan, mempunyai jantung saiz sebuah kereta kecil dan lidah sepanjang seekor gajah. Bila dah dewasa, berat badan nya sebanyak 150 tan (sama berat dengan 30 ekor gajah!!)

Ayam Belanda menghidap penyakit jantung. Tentera Udara Amerika sedang menjalankan ujian batasan bunyi dan ayam belanda yang berdekatan mati disebabkan serangan penyakit ini.

-