kipil

"....Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu...sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan...senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan....segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman..."

Selamat Datang

Random Post

Kata Bijak Pandai

Tanda cerdik seseorang adalah pada ucapannya........

Tanda berani seseorang adalah pada tindakannya........


Tanda bijak seseorang adalah pada keterampilannya........


Tanda mulia seseorang adalah pada keperibadiannya......


-Prof. Dr. Hamka

Label


Saja

Malaysian Super League 2017

Carian

Google
 

1. Pemilik bagi suatu perniagaan hendaklah mendaftarkan perniagaan dalam tempoh 30 hari dari tarikh permulaan perniagaan dengan menggunakan borang pendaftaran perniagaan baru (Borang A)

2. Pemilik atau rakan kongsi hendaklah menperbaharui perakuan pendaftaran dalam tempoh 3 bulan sebelum tarikh tamat perakuan pendaftaran menggunakan borang pembaharuan pendaftaran (Borang A1)

3. Perakuan pendaftaran utama dan perakuan pendaftaran cawangan hendaklah dipamerkan di tempat yang mudah dilihat.

4. Perniagaan yang telah didaftarkan hendaklah meletakkan papan tanda yang mempamerkan nama perniagaan dan nombor pendaftaran di luar tempat perniagaan tersebut, dan sekiranya terdapat lebih daripada satu tempat perniagaan, di luar setiap tempat perniagaan tersebut.

5. Pemilik bagi sesuatu perniagaan hendaklah mendaftarkan perubahan butir-butir perniagaan dalam tempoh 30 hari selepas berlakunya perubahan tersebut. Perubahan yang perlu dikemukakan dengan menggunakan Borang B, seperti berikut:
         5.1. Perubahan alamat utama perniagaan (Borang B1)
         5.2. Perubahan aktiviti/jenis perniagaan (Borang B2)
         5.3. Perubahan pertambahan/penutupan alamat cawangan (Borang B3)
         5.4. Perubahan kemasukkan/penarikan diri maklumat pemilik (Borang B4)

6. Pemilik/rakan kongsi hendaklah mengemukakan notis penamatan perniagaan dalam tempoh 30 hari dari tarikh penamatan operasi perniagaan. Jika penamatan disebabkan oleh kematian, orang yang bertanggungjawab terhadap perniagaan itu hendaklah dalam tempoh 4 bulan dengan menggunakan borang penamatan perniagaan (Borang C).

7. Pemilik/rakan kongsi hendaklah mempamerkan nama perniagaan dan nombor pendaftaran di tiap-tiap kepala surat, invois, bil atau lain-lain dokumen perniagaan.

8. Pemilik/rakan kongsi perniagaan bertanggungjawab untuk mendapat lesen, permit atau surat kebenaran sewajarnya daripada pihak berkuasa yang berkaitan bagi jenis/aktiviti perniagaan yang dijalankan walaupun perniagaan tersebut telah didaftarkan dengan SSM.

9. Orang yang bertanggungjawab bagi suatu perniagaan hendaklah memberikan maklumat yang benar dan memberi kerjasama kepada pegawai SSM semasa pemeriksaan atau mendapatkan maklumat secara lisan atau bertulis bagi sesuatu perniagaan.

Denda di bawah peruntukan Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 & Kaedah-kaedah Pendaftaran Perniagaan 1957

1. Perlanggaran bagi perkara (1), (2) & (9) apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

2. Perlanggaran bagi perkara (3)apabila disabitkan kesalahan boleh didenda sebanyak RM2,000 atau dipenjarakan tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya.

3. Perlanggaran bagi perkara (4)(5), (6) & (7) apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau dipenjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Sumber: Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

-