kipil

"....Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu...sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan...senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan....segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman..."

Selamat Datang

Random Post

Kata Bijak Pandai

Tanda cerdik seseorang adalah pada ucapannya........

Tanda berani seseorang adalah pada tindakannya........


Tanda bijak seseorang adalah pada keterampilannya........


Tanda mulia seseorang adalah pada keperibadiannya......


-Prof. Dr. Hamka

Label


Saja

Malaysian Super League 2017

Carian

Google
 

Jadual kaunter bergerak pendaftaran perniagaan bagi Negeri Selangor untuk tahun 2012. Sila klik gambar untuk lebih jelas.



Kadar baru beri manfaat sejuta penjaja, peniaga kecil seluruh negara 

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak malam tadi mengumumkan penurunan kadar bayaran pendaftaran kali pertama bagi perniagaan milikan tunggal dan perkongsian kepada RM50 untuk tempoh lima tahun sekali gus. Kadar baru itu memberi manfaat kepada lebih sejuta penjaja dan peniaga kecil seluruh negara yang pada masa ini perlu membayar RM30 bagi pendaftaran perniagaan milikan tunggal dan RM60 bagi perkongsian, setiap tahun. 

Ini bermakna dalam tempoh lima tahun mereka terpaksa membayar RM150 bagi pendaftaran perniagaan milikan tunggal dan RM300 bagi perniagaan perkongsian. Selain itu, Perdana Menteri turut mengumumkan jumlah bayaran kompaun pendaftaran lewat dan pembaharuan lewat lesen dikurangkan sebanyak 50 peratus berkuat kuasa 1 Jun sehingga 31 Disember ini. 

Perdana Menteri berkata, pengumuman istimewa itu dibuat kerajaan bagi mengurangkan beban penjaja dan peniaga kecil yang banyak menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara. "Selain itu, kita juga mahu mengemas kini pendaftaran supaya satu skim insurans kelompok dapat disediakan kepada penjaja dan peniaga kecil yang mana butiran lanjut mengenainya akan diumumkan sedikit masa lagi. "Kita mengambil berat hal ini kerana kalau golongan ini sakit, mereka tidak ada SOCSO (Pertubuhan Keselamatan Sosial), justeru akan menjadi beban kepada keluarga untuk menanggung kos hospital," katanya. 

Beliau berkata demikian pada Majlis Ramah Mesra Warga Penjaja dan Peniaga Kecil 1Malaysia di Dataran Merdeka, di sini, malam tadi, sambil menerima tepukan gemuruh lebih 15,000 warga penjaja dan peniaga kecil yang hadir. Turut hadir, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob serta Presiden Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia, Datuk Ramli Norani. 

Perdana Menteri turut mengumumkan, hal ehwal penjaja dan peniaga kecil kini diletakkan di bawah tanggungjawab Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan bagi memastikan kebajikan mereka lebih terbela. 

Beliau berkata, kerajaan menyediakan pelbagai kemudahan untuk membantu penjaja dan peniaga kecil termasuk melalui bantuan pinjaman daripada bank tempatan, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN). "Kerajaan akan terus membantu dan membela nasib penjaja dan peniaga kecil ini dan kita harap anda semua akan terus menyokong kerajaan," katanya. 

Sumber: Berita Harian (28.05.2012)

1. Pemilik bagi suatu perniagaan hendaklah mendaftarkan perniagaan dalam tempoh 30 hari dari tarikh permulaan perniagaan dengan menggunakan borang pendaftaran perniagaan baru (Borang A)

2. Pemilik atau rakan kongsi hendaklah menperbaharui perakuan pendaftaran dalam tempoh 3 bulan sebelum tarikh tamat perakuan pendaftaran menggunakan borang pembaharuan pendaftaran (Borang A1)

3. Perakuan pendaftaran utama dan perakuan pendaftaran cawangan hendaklah dipamerkan di tempat yang mudah dilihat.

4. Perniagaan yang telah didaftarkan hendaklah meletakkan papan tanda yang mempamerkan nama perniagaan dan nombor pendaftaran di luar tempat perniagaan tersebut, dan sekiranya terdapat lebih daripada satu tempat perniagaan, di luar setiap tempat perniagaan tersebut.

5. Pemilik bagi sesuatu perniagaan hendaklah mendaftarkan perubahan butir-butir perniagaan dalam tempoh 30 hari selepas berlakunya perubahan tersebut. Perubahan yang perlu dikemukakan dengan menggunakan Borang B, seperti berikut:
         5.1. Perubahan alamat utama perniagaan (Borang B1)
         5.2. Perubahan aktiviti/jenis perniagaan (Borang B2)
         5.3. Perubahan pertambahan/penutupan alamat cawangan (Borang B3)
         5.4. Perubahan kemasukkan/penarikan diri maklumat pemilik (Borang B4)

6. Pemilik/rakan kongsi hendaklah mengemukakan notis penamatan perniagaan dalam tempoh 30 hari dari tarikh penamatan operasi perniagaan. Jika penamatan disebabkan oleh kematian, orang yang bertanggungjawab terhadap perniagaan itu hendaklah dalam tempoh 4 bulan dengan menggunakan borang penamatan perniagaan (Borang C).

7. Pemilik/rakan kongsi hendaklah mempamerkan nama perniagaan dan nombor pendaftaran di tiap-tiap kepala surat, invois, bil atau lain-lain dokumen perniagaan.

8. Pemilik/rakan kongsi perniagaan bertanggungjawab untuk mendapat lesen, permit atau surat kebenaran sewajarnya daripada pihak berkuasa yang berkaitan bagi jenis/aktiviti perniagaan yang dijalankan walaupun perniagaan tersebut telah didaftarkan dengan SSM.

9. Orang yang bertanggungjawab bagi suatu perniagaan hendaklah memberikan maklumat yang benar dan memberi kerjasama kepada pegawai SSM semasa pemeriksaan atau mendapatkan maklumat secara lisan atau bertulis bagi sesuatu perniagaan.

Denda di bawah peruntukan Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 & Kaedah-kaedah Pendaftaran Perniagaan 1957

1. Perlanggaran bagi perkara (1), (2) & (9) apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

2. Perlanggaran bagi perkara (3)apabila disabitkan kesalahan boleh didenda sebanyak RM2,000 atau dipenjarakan tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya.

3. Perlanggaran bagi perkara (4)(5), (6) & (7) apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau dipenjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Sumber: Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)


Perniagaan meliputi tiap-tiap bentuk tred, perdagangan, pekerjaan, profesion, atau aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan bagi maksud-maksud mendapat keuntungan, tetapi tidak meliputi apa-apa jawatan atau penggajian atau apa-apa pengusahaan amal atau apa-apa kerja yang dinyatakan dalam jadual di bawah peruntukan Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 dan Kaedah-kaedah Pendaftaran Perniagaan 1957.


Dua (2) bentuk perniagaan:
  1. Perniagaan Tunggal - Perniagaan dimiliki sepenuhnya oleh seorang (1) pemilik
  2. Perniagaan Perkongsian - Perniagaan dimilki oleh  sekurang-kurangnya dua (2) orang dan tidak melebihi dua puluh (20) rakan kongsi
Bagaimana untuk mendaftarkan perniagaan tunggal & perkongsian?
1. Pemilik perniagaan atau orang yang bertanggungjawab hendaklah mendaftarkan perniagaan   (pemilik tunggal/perkongsian) tidak lewat 30 hari dari tarikh permulaan perniagaan.
2. Pendaftaran boleh dibuat dimana-mana kaunter SSM atau melalui perkhidmatan e-Lodgement
3. Lengkapkan Borang Pendaftaran Perniagaan Baru Borang A. Rujuk panduan pendaftaran perniagaan.
Perniagaan boleh didaftarkan menggunakan nama sendiri atau nama tred
(i) Nama sendiri – Perniagaan yang menggunakan nama sendiri seperti di kad pengenalan tidak perlu membuat permohonan kelulusan nama
(ii) Nama Tred – Lengkapkan Borang Permohonan Kelulusan Nama Perniagaan Borang PNA42  Rujuk panduan permohonan nama perniagaan.
4. Kelulusan nama perniagaan tertakluk kepada Kaedah 15, Kaedah Pendaftaran perniagaan 1957.
5. Pendaftaran baru perniagaan boleh boleh dibuat bagi jangkamasa satu (1) tahun  dan tidak melebihi lima (5) tahun pada setiap pendaftaran.

Siapa yang boleh menghantar permohonan?
Pemilik Perniagaan/Salah seorang rakan kongsi

Berapa Fi yang dikenakan?
Nama Tred – RM60 setahun
Nama sendiri - RM30 setahun
Cawangan - RM5 setahun bagi setiap cawangan

Bila Sijil Pendaftaran Perniagaan diperolehi?
1 jam dari masa bayaran

Kesahihan perakuan pendaftaran perniagaan
Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 Kesahihan Perakuan Pendaftaran Perniagaan yang dikeluarkan menggunakan kertas A4.


Sumber: www.ssm.com.my

Caranya mudah sahaja..

1) Buka “notepad” kat Laptop / PC.
2) Tulis CreateObject(“SAPI.SpVoice”).Speak”I love YOU” .
3) Save as kan sebagai i love you.vbs.
4) Tutup file.
5) Cari file tu semula dan double click file tu
6) Dengar bunyi “i love you” dan dengarlah suara yang keluar itu..

sumber: http://eiz1004.upprofits.com

-