kipil

"....Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu...sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan...senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan....segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman..."

Selamat Datang

Random Post

Kata Bijak Pandai

Tanda cerdik seseorang adalah pada ucapannya........

Tanda berani seseorang adalah pada tindakannya........


Tanda bijak seseorang adalah pada keterampilannya........


Tanda mulia seseorang adalah pada keperibadiannya......


-Prof. Dr. Hamka

Label


Saja

Malaysian Super League 2017

Carian

Google
 

SELAYANG 21 Julai -- Selepas menunggu selama lima tahun, Selangor akhirnya berjaya merangkul kejuaraan bola sepak Liga Super, satu-satunya piala yang masih belum pernah diraih mereka sejak format liga ini diperkenalkan pada 2004.

Kejayaan itu disambut lebih awal walaupun mereka masih mempunyai baki satu perlawanan, Sabtu ini dengan mencatat kemenangan kali ke-19 apabila membelasah Polis Diraja Malaysia (PDRM) 6-1 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang semalam.

Perlis yang sentiasa saling menyaingi Gergasi Merah sejak awal musim pula tewas 1-2 kepada KL PLUS di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur sekali gus mengakibatkan Singa Utara ketinggalan tujuh mata di tangga kedua dan tidak mampu mengejar lagi.

sumber: Utusan


Lagi berita oleh: SELANGORFC.COM

SELANGOR dinobatkan selaku juara Liga Super 2009 biarpun masih berbaki satu perlawanan selepas mereka berjaya membelasah PDRM 6-1 di Stadium Selayang malam tadi.

Selangor mendahului 2-0 pada separuh masa pertama menerusi lambungan Rudie Ramli (minit ke-3) dan tandukan Nasriq Baharom (minit ke-29).

Pada babak kedua, Selangor menambah empat lagi gol hasil tandukan Amri Yahyah (minit ke-46), sepakan penalti Razman Roslan (minit ke-54), tolakan mudah Amirulhadi Zainal (minit ke-71) dan rembatan jarak jauh D. Surendran (minit ke-75).

PDRM bagaimanapun memperolehi gol saguhati pada minit ke-84 menerusi Khairul Izuan Abdullah.

Perlawanan terakhir Sabtu ini, Selangor akan bertemu Pahang di Stadium Shah Alam di mana trofi Liga Super akan disampaikan ketika itu.

SELANGOR:

21-Hamsani Ahmad, 3-Razman Roslan, 5-Khairul Anuar Baharom, 6-Nasriq Baharom, 15-P.Gunalan, 23-R.Surendren (20-Amirulhadi Zainal), 14-Hardi Jaafar, 17-Amri Yahyah (c) (19-D.Surendran), 28-C.Premnath, 9-Rudie Ramli (25-Fazilidin Khalid), 10-Safee Sali.



***piala fa dan liga super sudah dlm genggaman, doa setiap peminat selangor agar piala malaysia pula dibawa pulang..tahniah buat seluruh warga pasukan selangor..hidup red giants!!!

0 comments

Post a Comment

-