kipil

"....Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu...sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan...senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan....segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman..."

Selamat Datang

Random Post

Kata Bijak Pandai

Tanda cerdik seseorang adalah pada ucapannya........

Tanda berani seseorang adalah pada tindakannya........


Tanda bijak seseorang adalah pada keterampilannya........


Tanda mulia seseorang adalah pada keperibadiannya......


-Prof. Dr. Hamka

Label


Saja

Malaysian Super League 2017

Carian

Google
 


assalamualaikum & salam sejahtera..

Kipil?? Ape bendanye tu?? Mungkin ramai yg pelik dengar perkataan ni kan. Tak pe la, bio la aku terangkan secara umum dari mana datang perkataan kipil dalam hidupku..

Ni kire name glamor aku mase kat kisdar dulu dlm tahun 2004(skrg dah tukar jadi kuis). Camne bole dapat? Ha, ni br nak stat cite. Mase awl2 sem 1 tu ade 1 subjek bahasa arab. pensyarah yg mengajar bernama Ust. Saifullah. Dia ni panggil namaku dengan penuhnya tapi dlm sleng arab yg berbunyi 'zulkifil' (nama ku zulkifli cume ejaan yg unik skit, hehehe xmo bgtau kat sini). Berbalik pada cite td, pastu dia & mmbr skelas pn pggl aku zulkifil. Lame2 lame2, zul tu ntah mcm mane hilang tggl kifil aje. Faham2 aje la susah sgt agknye nak sebut huruf 'f',huruf tu ntah camne tertukar jadi huruf 'p'. begitu lah terhasilnya perkataan kipil @ nama glamor yang melekat sampai hari ini....(كفل) maknanya, cubalah cari bagi 'memastikan'.......


***teringat pula kenangan manis dengan kawan2 skelas kat kisdar dulu: komeng, jo, salman, ecal, alan, hakim, kL, pok nik, mat jar, amat, azuat, acong, nichet, majdi & lain2 (sekadar menyebut beberapa nama)...





Oleh Roslah Othman

BERSENAM di bulan puasa? Oh, tidak! Mungkin itulah yang keluar daripada mulut sesetengah individu yang berpendapat mereka perlu mengurangkan atau menghentikan sebarang aktiviti fizikal termasuk bersenam buat seketika kerana bimbang kepenatan, lapar dan dahaga di bulan Ramadan ini. Bagaimanapun, Pengurus Kecergasan Fitness First, Simran Latiff, menolak tanggapan tersebut sambil menegaskan senaman masih perlu diteruskan walaupun ketika berpuasa bagi meningkatkan kadar metabolisme, selain mengekalkan tahap kecergasan agar tidak menurun dan memudahkan seseorang itu menjalani latihan fizikal seterusnya.


Katanya, bulan puasa tidak harus dijadikan alasan untuk seseorang itu menghadkan aktiviti mereka termasuk melakukan senaman. Jika tidak melakukan senaman, otot menjadi lemah dan badan mudah berasa letih. Ini kerana kalori masih perlu dibakar biarpun pada bulan puasa,’’ ujarnya ketika ditemui, baru-baru ini. Simran berkata, sekiranya seseorang itu tahu kebaikan meneruskan senaman pada bulan puasa yang mampu memaksimumkan pembakaran kalori terutama yang sumbernya datang daripada lemak, pasti mereka mahu melakukannya apatah lagi jika telah terdapat keinginan untuk mendapatkan bentuk badan sempurna. Menerangkan lebih lanjut mengenai bagaimana senaman di bulan puasa, katanya, secara umumnya pengambilan kalori pada bulan puasa akan berkurangan kerana pembakaran lemak berlaku secara maksimum.


Pada hari biasa, ketika kita bersenam badan memerlukan kalori untuk dijadikan tenaga dan pada 20 minit pertama, tenaga itu datang daripada kalori karbohidrat terlebih dahulu. Selepas 20 minit pertama, barulah badan menggunakan kalori lemak untuk dijadikan tenaga.” Disebabkan berpuasa, jelasnya, kalori karbohidrat dalam badan secara tidak langsung akan berkurangan dan secara semula jadi badan terus menggunakan kalori lemak untuk dijadikan tenaga tanpa memerlukan 20 minit pertama. Dari situ, ia dapat mengurangkan peratusan lemak dalam badan seseorang. Menerangkan cara dan bagaimana aktiviti senaman boleh dilakukan, kata Simran, sepanjang bulan puasa senaman boleh dilakukan dua atau tiga kali seminggu dengan sekurang- kurangnya 30 minit sekali senaman. Ia agak berbeza di bulan biasa iaitu perlu dilakukan lebih kerap dan memerlukan antara 30 minit hingga satu jam setiap senaman.Lebih penting kata Simran, dalam tempoh 30 minit itu individu boleh melakukan tiga senaman berperingkat-peringkat seperti senaman memanaskan badan, senaman kardiovaskular seperti berbasikal dan berjalan kaki.


Bagi membentuk kardiovaskular (berjalan, joging atau berbasikal), penggunaan tenaga pada tahap maksimum perlu diselaraskan mengikut tahap latihan yang sesuai. Bagi latihan pembentukan otot, seseorang itu dinasihatkan agar melakukan senaman pada otot besar sahaja. Antaranya, bahagian dada, belakang, bahagian depan paha dan belakang paha. Bagi setiap otot, latihan boleh dilakukan sebanyak satu atau dua set dan setiap satu set sebanyak 15 hingga 20 pengulangan. Bilangan yang kerap membolehkan kita mengurangkan lemak dan pada masa sama, membentuk otot. Senaman katanya, boleh dilakukan 30 minit atau satu jam sebelum waktu berbuka atau selepas berbuka sebaik proses penghadaman selesai.


Selain senaman memanaskan badan, individu juga boleh menggunakan threadmill atau kayuhan basikal yang boleh dilakukan selama kira-kira 10 hingga 15 minit. Bagi mereka yang memilih melakukan senaman selepas berbuka, kata Simran pastikan makanan yang dimakan semasa berbuka telah benar-benar hadam. Ambil masa sekurang-kurang setengah hingga satu jam selepas makan. Cuba elakkan berbuka dengan mengambil makanan berat, sebagai contoh nasi. Sebaiknya, individu dinasihatkan agar hanya mengambil makanan dalam jumlah yang sedikit seperti sebiji kurma dan segelas minuman,’’ ujarnya lagi, Simran menambah, melakukan senaman kardio selama kira-kira 30 minit baik untuk jantung. Ini boleh diikuti dengan latihan mengangkat bebanan, latih tubi dan regangan.

Sumber : Mingguan Malaysia (14 September 2008) Oleh Roslah Othman

Solat mereka yang membaca ramalan bintang sama ada di akhbar, majalah atau di internet tidak akan diterima Allah selama 40 hari, tidak kira mereka percaya atau sebaliknya kerana perbuatan itu sama seperti berjumpa dengan tukang ramal.

Pensyarah fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nik Salida Suhaila Nik Saleh, menjelaskan perkara itu berdasarkan ulasan ulama terkenal Yusuf al-Qardawi mengenai hukum membaca ramalan bintang.

Katanya, walau seseorang itu tidak membenarkan apa yang dibaca, solatnya tetap tidak diterima selama 40 hari dan jika membaca serta membenarkan pula ramalan itu, maka orang itu dikatakan kufur kepada ajaran Muhammad.

Bagaimanapun katanya, jika membaca dengan tujuan untuk membantah, menjelaskan dan mengingkari amalan syirik, hukumnya dituntut malah menjadi wajib kerana tujuan memberi pengajaran kepada orang lain.

"Jelas amalan meramal, membaca dan menaruh sikit rasa yakin apa dikatakan ramalan bintang itu perlu dijauhi mulai hari ini. Ini bukan perkara main-main atau seronok-seronok kerana ia bercanggah dengan hukum Islam," katanya.

Katanya, perkara itu juga jelas daripada hadis riwayat Muslim bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang datang kepada dukun kemudian dia membenarkan terhadap apa yang dikatakan olehnya, maka solat orang itu tidak diterima Allah selama 40 hari."

Perbahasan mengenai minat masyarakat hari ini terhadap ilmu ramalan termasuk membaca horoskop dibincangkan Nik Salida bersama Al-Fadhil Kadi Daerah Temerloh, Badli Shah Alauddin, dalam program Halaqah terbitan TV9 yang disiarkan malam Ahad lalu dengan tajuk Bintang 12.

Program yang mengulas mengenai ayat 105, surah an-Nahl, mengajak penonton menghindari perbuatan berjumpa atau mempercayai tulang tilik dan tukang ramal kerana Allah memberi amaran mengenai golongan pembohong itu.

Nik Salida berkata, tidak dinafikan ramai yang mengatakan tujuan mereka membaca ramalan bintang adalah suka-suka tetapi amalan bermula daripada suka-suka itu akhirnya menyebabkan mereka menjadi obses seterusnya terpengaruh dengan apa yang dibaca.

Katanya, ada kalangan masyarakat hari ini yang melanggan ramalan bintang melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk mengetahui apa yang diperkatakan mengenai nasib mereka atau perkara bakal dilalui mereka setiap hari, minggu atau bulan.

Sedangkan, perbuatan itu bukan saja merosakkan akidah malah menyebabkan hidup mereka tidak keruan kerana pengaruh ramalan itu sedikit sebanyak memberi kesan kepada aktiviti atau perancangan mereka pada hari itu.

"Jika tidak percaya atau untuk suka-suka kenapa hingga melanggan SMS horoskop. Maknanya bangun pagi kita mahu tengok apa yang diramalkan untuk kita hari itu. Begitu juga dengan membaca di akhbar dan majalah, kenapa kita hendak tahu ramalan.

"Jika katanya dalam bab rezeki apa yang diperoleh tidak setanding kerja dilakukan, maka akan timbul perasaan malas buat kerja sebab rezeki yang dapat sikit saja. Kesan ramalan ini bukan saja pada akidah, juga aspek psikologi.

"Daripada suka-suka itu juga apabila kebetulan perkara diramalkan itu benar berlaku ia mula menerbitkan kepercayaan yang akhirnya menyebabkan mereka jatuh ke lembah kepercayaan perkara karut-marut ini," katanya.

Badli Shah berkata, golongan yang percaya kepada Bintang 12 atau ramalan tukang tilik mengenai untung nasib atau hari baik dan tidak adalah mereka yang tidak percaya ketentuan Allah serta ciptaannya.

Beliau berkata, Allah sudah memberi amaran mengenai golongan itu di dalam al-Quran di mana Allah murka dan mengatakan mereka sebagai golongan pembohongan serta penipu kerana mendahului takdir Allah.

Katanya, apa yang dikhuatiri ialah disebabkan ramalan itu umat Islam lupa bahawa setiap sesuatu yang terjadi itu adalah dengan izin Allah dan ini memberi kesan daripada sudut akidah mereka.

"Jika Allah tidak izinkan perkara itu berlaku, ia tidak akan jadi. Tukang ramal pusinglah daun terup atau biarlah burung dia bercakap tetapi tanpa izin Allah tidak akan berlaku. Malangnya kita tengok, zaman moden ramai yang kembali percaya dan mencari petunjuk daripada zodiak," katanya.

Katanya, kepercayaan kepada ramalan terutama tukang tilik dan ahli nujum boleh mendatangkan kesan negatif seperti menyebabkan pergaduhan antara suami isteri, permusuhan sesama jiran atau sahabat karib.

Contohnya, isteri yang diberitahu mengenai sikap suami atau ramalan bahawa suami akan berkahwin lagi pastinya menyebabkan berlaku perbalahan dan paling malang lagi jika perkara itu tidak benar sama sekali.

Rasulullah SAW turut berdepan dengan kelompok masyarakat Arab yang taksub dengan ramalan dan kiraan bintang hingga Baginda menyebut akan tiga golongan itu terdiri daripada mereka yang mampu meramal bintang, meramal barang hilang dan melakukan ramalan berdasarkan pergerakan bintang di langit.

Malah, Baginda SAW pernah didatangi beberapa orang yang meminta Baginda meramal masa depan orang Arab tetapi Baginda memberitahu, jika diketahui perkara ghaib nescaya dirinya sudah mendapat kemewahan serta terlepas dari musibah.

Mengulas mengenai sejarah Bintang 12, Badli Shah berkata, kepercayaan itu berasal dari Mesopotania, daerah asal orang Babylon terletak antara sungai Tigris dan Euphrates dan kini terletak di tenggara Iraq.

Ilmu itu berkembang sejak Babylon kuno 200 tahun sebelum masihi dan secara bertahap. Amalan dan kepercayaan itu semakin berkembang hingga tahap yang dikenali sebagai horoskop atau Bintang 12 yang mengaitkan keperibadian dengan tarikh lahir berpandukan bintang.

"Contohnya bintang Capricorn untuk mereka yang lahir 22 Disember hingga 20 Januari ikut mitos Yunani ialah lambang kambing. Kambing itu bernama Almateus dan pernah beri air pada Dewa Zeus iaitu dewa tertinggi bagi bangsa kuno ketika kecil.

"Oleh itu, bagi mengenang jasa kambing itu ia dijadikan bintang dan bercahaya di langit. Kesimpulannya, Capricorn itu kambing saja. Di sini pun banyak kambing, tidak perlu tengok ke langit. Umat Islam perlu renung sejenak adakah bintang ini sesuai dengan peribadi Muslim.

"Sesuai ke jika umat Islam percaya kepada bintang kambing biri-biri atau lambang orang lelaki gagah tuang air dalam tempayan besar sedangkan banyak perkara lain lebih bermanfaat yang boleh kita fikirkan," katanya.

Justeru, beliau menasihati kepada umat Islam supaya menjauhi amalan membaca ramalan bintang atau tulang tilik walaupun untuk suka-suka kerana boleh memberi kesan kepada akidah serta amalan solat yang dilaksanakan.

Kalau lelaki handsome pendiam
Perempuan akan cakap:: woow, cool giler...
kalau lelaki tak handsome pendiam
Perempuan akan cakap: eh perasan bagus...

kalau lelaki handsome berbuat jahat
Perempuan akan kata: nobody's perfect
kalau lelaki tak handsome berbuat jahat
perempuan akan cakap: memang.... muka pun macam pecah rumah!

kalau lelaki handsome menolong perempuan yg diganggu
perempuan akan cakap: wah.. machonya.. macam hero filem!
kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu
Perempuan akan kata: entah2 kawan dia...

kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: sepadan sangat...
kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan tuh!

kalau lelaki handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata: jangan sedih, kan saya ada..
kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata:...(terdiam, tapi telunjuknya
meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya)...

kalau lelaki handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: perasaannya halus...penuh kasih sayang
kalau lelaki tak handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi...

kalau lelaki handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: matching... hebat luar dalam
kalau lelaki tak handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: bang, bosnya mana?...

kalau lelaki handsome tak mau bergambar
perempuan akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar
kalau lelaki tak handsome tak mau bergambar
perempuan akan kata: tak sanggup melihat hasilnya ya?...

kalau lelaki handsome menuang air ke gelas perempuan
perempuan akan cakap:ini barulah lelaki gentlemen
kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas perempuan
perempuan akan cakap: naluri pembantu, memang begitu....

kalau lelaki handsome bersedih hati
perempuan akan cakap: let me be your shoulder to cry on
kalau lelaki tak handsome bersedih hati
perempuan akan kata: kuat nangis!! lelaki ke bukan ni?

Menghormati, menepati dan melaksana janji dipandang sebagai kewajipan yang harus diutamakan kerana ia memberi kesan mendalam kepada jiwa, memberi kedamaian dan kesejahteraan. Ia juga jalan keluar untuk memecah segala kebuntuan. Namun, ada kalangan kita masih tidak menepati apa dikata.

Firman Allah bermaksud: "Hai orang beriman mengapa kamu mengucapkan sesuatu yang tidak kamu kotakan. Besar benar dosanya di sisi Allah jika kamu mengucapkan apa yang tidak kamu kotakan itu." (Surah al-Munafiqun, ayat 1-2)

Allah memerintahkan supaya setiap janji dibuat itu dipenuhi dan ditepati seperti firman-Nya bermaksud: "Hai orang beriman, tepatilah janjimu." (Surah al-Maidah, ayat 1)

Menepati janji dan berkata benar bukti kesempurnaan dan keadilan seseorang. Pepatah Arab ada berkata: "Barang siapa yang bermuamalah dengan seorang lain dan tidak berlaku aniaya. Jika berbicara tidak mengatakan yang dusta dan jika berjanji tidak menyalahi maka jelaslah orang itu memiliki keperwiraan sempurna, nyata pula keadilannya dan haruslah dipereratkan persaudaraan dengannya."

Meremehkan janji atau sengaja untuk tidak menepati apa diucapkan adalah suatu dosa besar yang pasti menyebabkan kebencian dan kemarahan. Setiap manusia akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah mengenai janji pernah dibuat sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: "Penuhilah janji itu, sebab janji itu akan ditanyakan." (Surah al-Isra', ayat 34)

Menepati janji sebahagian daripada iman dan balasannya adalah syurga. Firman Allah bermaksud: "Orang mukmin ialah yang menjaga amanat serta menepati janji, menjaga solat, maka mereka itu yang akan mewarisi syurga Firdaus dan kekal mereka di situ selama-lamanya." (Surah al-Mu'minum, ayat 11)

Namun, masih ada yang petah bercakap, manis di bibir menabur seribu janji. Ada yang tidak segan silu menabur dan menjaja pelbagai janji. Malah, ada sanggup bertopeng kejujuran dan menggadai amanat dengan menabur janji demi janji hanya untuk menjaga kepentingan.

Seorang mukmin tidak mungkin akan menyalahi janjinya dan mustahil pula mengkhianati amanah kerana perbuatan itu menyebabkan kurang dihargai, malah sukar untuk dipercayai.

Suatu ketika Luqmanul Hakim pernah ditanya: "Apakah sebab sehingga kamu dapat mencapai kedudukanmu itu? Beliau menjawab: "Dengan benar dalam berkata-kata, dan menunaikan amanat dan meninggalkan apa bukan kepentinganku."

Ulama tabiin pernah berkata: "Ketahuilah benar itu perhiasan wali dan dusta itu tanda orang yang celaka."

1. Bismillahhirrah man n irrahim: pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Alhamdulliah:pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.

3. Astagfirrullah:jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.

4. InsyaAllah:jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.

5. Lahaulawalaquataill ahbillah :bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.

6. Innalillah:jika menghadapi musibah atau melihat kematian.

7. Laailaahaillallah :bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya. amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang yang terpilih oleh Allah.

Sepertimana semua sedia maklum, doa merupakan senjata utama untuk setiap orang Islam memohon apa sahaja yang dihajati kepada Allah. Berikut waktu-waktu yang terbaik untuk berdoa:

-Pada malam qadar (sepuluh malam terakhir dalam bulan Ramadhan)

-Pada hari Arafah ( 9 Zulhijjah di kala jemaah Haji Wukuf di Arafah)

-Pada bulan Ramadhan

-Pada malam Jumaat

-Pada hari Jumaat

-Waktu berjumaat, lebih-lebih lagi ketika imam duduk di mimbar sampai imam mengucapkan salam

-Pada tengah malam

-Seperdua malam yang kedua (sesudah jam 12 malam)

-Sepertiga malam yang pertama (jam 6 sampai 10 malam)

-Sepertiga malam yang terakhir (sesudah jam 2 malam)

-Pada waktu sahur (sebelum fajar)

-Sesudah berwuduk

-Ketika orang azan untuk sembahyang

-Antara azan dan iqamat

-Ketika orang mengucapkan iqamat

-Ketika berbaris (jalan bersama) menuju medan perang sabil

-Di dalam pertempuran di medan perang

-Di akhir tiap-tiap sembahyang fardu

-Pada waktu sedang sujud (dalam solat atau di luar solat)

-Ketika sedang membaca Al-Quran

-Setelah tamat membaca Al-Quran

-Ketika minum air zamzam

-Pada waktu ayam jantan berkokok (pada waktu pagi)

-Pada saat berkumpulnya kaum muslimin kerana agama

-Pada waktu berkumpul untuk berzikir (iaitu berkumpul untuk menyebut kebesaran Allah, bertakbir, bertahmid dan bertasbih, atau berkumpul membaca dan mempelajari Al-Quran, atau berkumpul menerima pelajaran agama Islam)

-Ketika menutupkan mata orang yang telah mati

-Pada waktu turun hujan

-Pada waktu tergelincir matahari pada hari Rabu.

Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabk an untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Sem ua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.

Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Al lah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan. Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. satu kaji an yan g dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar. Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.

Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkata an yan g sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkata an yan g diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.

Oleh itu, saudara-saudara ku seIslam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.

Oleh : Siti Hajar Mahmud

Sumber : Majalah WANITA (April 2008)


Mencegah lebih baik daripada merawat. Bagaimanapun dalam keadaan realitinya, tidak ramai yang mengamalkan aspek pencegahan. Sebaliknya, jika terkena atau disahkan menghidap penyakit, barulah tindakan segera diambil, sama ada melakukan rawatan, mahupun mula mengamalkan aspek berjaga-jaga ataupun pencegahan. Menyentuh mengenai aspek pencegahan penyakit terutamanya penyakit kanser, haruslah dilihat terlebih dahulu, mengenai punca penyakit tersebut. Apabila kita memperkatakan mengenai risiko untuk mendapatkan kanser, tidak ada satu sebab ‘solid’ yang boleh dikatakan menjadi punca kepada penyakit berbahaya itu. Menjelaskan lebih lanjut mengenai pencegahan penyakit kanser,


Pakar Kardiologi Pusat Perubatan Pantai, Datuk Dr. Ibrahim Wahid berkata, sehingga kini, tidak ada satu kajian tepat mengatakan bahawa sesetengah makanan ataupun tumbuh-tumbuhan boleh mencegah kanser. Isu ini sangat komplikated kerana dari segi risiko makanan dan kanser tidak ada kaitan yang terus. “Untuk mencegah kanser, kita tengok apa puncanya. Jika ia berpunca daripada makanan, kita tengok apa jenis makanan dan kurangkan makanan tersebut. Bagaimanapun, apabila memperkatakan mengenai makanan dan kanser, ia menjadi komplikated. “Contohnya, daging. Ada yang mengatakan bahawa daging boleh menyebabkan kanser dan ini bermakna, jika anda tidak memakan daging, maka anda tidak akan mendapat kanser. Walhal keadaan ini tidak semestinya berlaku. “


Ini kerana, jika kita tengok mereka yang mengamalkan pemakanan vegetarian pun boleh mendapat kanser. Misalnya, orang Buddha, mereka tidak makan daging tetapi makan sayur-sayuran, tetapi ada yang menghidap kanser dan saya sendiri mempunyai pesakit daripada penganut agama ini. Sebab itulah saya katakan tadi, ia agak komplikated. Mereka yang menjaga kesihatan pun boleh mendapat kanser. Sebenarnya banyak faktor lain, antaranya merokok, peningkatan usia, sinaran matahari, radiasi, bahan kimia, virus atau bacteria, hormon, sejarah keluarga yang pernah mengidap kanser, alkohol dan juga diet, kurang aktiviti kecergasan serta berat badan berlebihan,” jelas beliau.

Antioksida Cegah Kanser.

Ditanya mengenai kelebihan antioksida yang dikatakan mampu mencegah kanser, Dr. Ibrahim berkata antioksida bertindak melindungi sel rosak yang berpunca daripada molekul yang tidak stabil, dikenali sebagai radikal bebas. Sel yang rosak ini boleh meningkatkan risiko kanser. Antioksida terdiri daripada beta karotena, lycopene, vitamin C, E dan A. Antara makanan yang mengandungi antioksida yang tinggi termasuklah lobak merah, tomato, sesetengah sayur dan kacang. Menjelaskan lebih lanjut mengenai topik ini, Dr. Ibrahim menjelaskan mengenai beberapa kajian yang telah dijalankan sekitar tahun 1990-an.

· Kajian yang diterbitkan pada tahun 1993 ini dilakukan oleh Chinese Cancer Prevention Study ; ujian melibatkan kesan kombinasi di antara beta-karotin, vitamin E dan selenium ke atas masyarakat di Negara China (lelaki dan wanita)yang menghidapi kanser gastrik. Keputusannya, didapati kombinasi unsure tersebut boleh mengurangkan risiko kanser gastrik.

· 1994 – kajian melibatkan kaitan antara beta-karotena dengan vitamin E. menunjukkan bahawa kanser paru-paru di kalangan lelaki telah meningkat apabila mengambil beta-karotena. Sebaliknya, ia tidak menunjukkan kesan atau risiko apabila mengambil vitamin E.

· 1994 – kajian yang dinamakan Kajian CARET juga memberikan kesan yuang sama yang mana beta-karotena dan tetinol (Vitamin A) boleh meningkatkan kanser paru-paru.

· 1999 – Women’s Health Study yang mengkaji kesan antara Vitamin E dan beta-karotena dalam mencegah kanser dan penyakit kardiovaskular di kalangan wanita berusia 45 tahun, mereka dapati ia tidak memberi manfaat dan tidak mendatangkan risiko.

“Berdasarkan kelima-lima kajian, apa yang boleh katakana di sini ialah pengambilan makanan ataupun makanan tambahan tidak semestinya mengurangkan atau meningkatkan risiko kanser. Ini kerana daripada kajian tersebut, satu kajian menunjukkan kesan positif, dua kajian memberikan kesan yang negatif dengan meningkatnya risiko mendapat kanser dan dua lagi tidak memberi perubahan ataupun risiko ke atas kanser. Jadi, nasihat saya kepada pesakit, amalkan makanan seimbang.

Masyarakat kita tidak dapat lari daripada mempercayai pantang larang dalam makanan. Sebenarnya, pantang larang ini boleh memberi kesan buruk ke atas kesihatan pesakit itu. Mereka sebenarnya memerlukan kalori dan cukup berbanding dengan pesakit lain. Apabila mereka menjalani rawatan terutamanya kimoterapi, mereka memerlukan lebih banyak tenaga, protein dan kalori. Pakar nutrisi sentiasa menyarankan pesakit kanser meningkatkan pengambilan makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran, bijiran dan makanan berasaskan gandum. “Begitu juga dengan daging, susu, telur dan juga keju.

Manakala cara memasak juga disarankan diubah dengan menggunakan mentega, marjerin dan minyak. Sesetengah pakar pemakanan menyarankan supaya kurang mengambil makanan yang mengandungi serat yang tinggi kerana makanan itu boleh membara kepada diarea (cirit birit) dan juga sakit mulut. “Bagi pesakit saya, saya galakkan mereka mengambil pelbagai makanan yang disarankan, walaupun berat mereka naik sedikit, tetapi mereka tidak perlu risau kerana ia memeri kesan yang baik. Sebaliknya jika terlalu megawal pemakanan, berat badan akan susut. Ini akan lebih memudaratkan penyakit,” katanya.

Pakar Imunologi Pemakanan beri pendapat berbeza.

Sementara itu, menurut Pakar Imunologi Pemakanan yang juga pengasas E. Excel International yang berpangkalan di Amerika Syarikat (pengeluar makanan kesihatan), Dr. Chen Jau-Fei dalam Penyelidikan Imunologi Pemakanan, beliau mendakwa bahawa makanan tumbuh-tumbuhan semulajadi dan berkhasiat seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan herba, mengandungi nutrien seperti fitokimia, antioksida dan polisakarida yang tidak hanya bermanfaat untuk kesihatan, malah boleh membantu mencegah dan merawat kanser. Menurut Dr. Chen cabaran paling hebat yang dialami oleh kebanyakkan penyakit yang berkait rapat dengan corak pemakanan moden seperti penyakit jantung, tekanan darah tinggi, diabetes dan kanser.

Katanya lagi, apabila tubuh tidak mendapat nutrien asas, sistem imun menjadi lemah dan hilang keupayaan untuk melawan penyakit. Sebaliknya, apabila ia berfungsi dengan baik, system imun mampu melawan penyakit malah dapat menghalang serangan toksin dan bahan cemar yang sentiasa mengancam persekitaran kita. Oleh itu, daripada hasil kajiannya dalam bidang imunologi pemakanan ini, beliau menemui hubung kait yang pasti di antara nutrien yang ada dalam tumbuhan makanan dengan fungsi sistem imun. Kata Dr. Chen lagi, Persatuan Kanser Makanan yakin bahawa pemakanan merupakan faktor utama yang dapat mencegah kematian akibat kanser.

Fitokimia.

Ia merupakan sebatian unik dalam buah-buahan, sayur-sayuran dan herba. Ia bersifat menyembuh dan berupaya mencegah penyakit kerana mampu menyuburkan dan memperkasakan sistem imun.

Antioksida.

Melindungi daripada radikal bebas yang boleh menyebabkan kerosakan sel dan DNA yang boleh membawa kepada kanser dan penyakit lain yang degeneratif (merosot).

Polisakarida.

Rantaian panjang gula yang sering ditemui pada sesetengah cendawan. Kajian menunjukkan bahawa polisakarida cendawawan dapat menghapuskan pertumbuhan tumor dengan mengaktifkan sel imun. Ia juga membantu menyeimbangkan sistem imun dan membolehkannya memusnahkan sel-sel kanser sedia ada dan virus.

Sumber Pemakanan Semulajadi Yang Berkhasiat.


Kaktus.

Dalam penyelidikan kanser, ahli sains mendapati bahawa ekstrak kaktus meningkatkan mekanisme sel imun dengan membantu tindakbalas hipersensitiviti yang mana sebelumnya terdapat penyekatan fungis imun. Kaktus juga dilihat mampu mengurangkan paras kolesterol dan meinigkatkan metabolisme lipoprotein berketumpatan rendah. Ahli sains juga mengetahui bahawa kalsium dan fosforus yang mewakili tiga perempat daripada mineral tubuh, didapati banyak terkandung di dalam kaktus. Jesteru, ia membekalkan mineral yang membina tulang, sendi dan tisu perantara yang kuat.

Buah Kaktus.

Buah yang mengambil masa sehingga empat tahun untuk membesar dan ranum tetapi berbaloi krana buah kaktus kaua dengan antioksida dan fitonutrien yang menjadikan tubuh badan sihat, luar dan dalam. Menurut kajian, kaktus dan buahnya memainkan peranan penting dalam menguatkan sistem imun badan. Khasiat dan antioksida yang ditemui pada pelbagai tumbuhan makanan seperti buah kaktus mungkin dapat membantu menghindari kerosakan DNA, membantu penyembuhan luka dan merangsangkan aktiviti fagosit, selain menjadikan tekstur dan rupa kulit bertambah baik.

Beri Ginseng.

Beri Ginseng mengandungi sari ginseng yang memelihara biji benih yang bakal menjadi baka tumbuhan itu. Mengambil masa tiga hingga empat tahun untuk membesar sebelum buah beri ranum dan sedia untuk dipetik. Hasil penyelidikan menunjukkan ekstrak beri ginseng yang unik itu membantu melindungi kulit daripada terdedah kepada anasir alam sekitar dan akibat tekanan aktiviti semula jadi tubuh. Juga kaya dengan antioksida sehingga 1.4 kali ganda lebih banyak dariapada vitamin C. Apabila dimakan, antioksida beri ginseng boleh melenyapkan sistem pertahanan antioksida badan dengan ketara.

Biji Anggur.

Proantosiandin, lazimnya disebut sebagai OPC ialah flavonoid yang amat berkesan, ditemui terutamanya di dalam kulit tumbuhan dan biji anggur. Pelbagai kajian menunjukkan bahawa aktiviti antioksida OPC adalah jauh lebih banyaj daripada vitamin E, C dan beta-karotena. OPC mempunyai hampir 20 kali ganda lebih banyak aktiviti antioksida berbanding vitamin C dan dipercayai mempunyai 50 kali ganda lebih banyak antioksida daripada vitamin E. Antioksida dipercayai menghalang dan mengawal pelbagai jenis penyakit daripada artritis hinggalah kepada menjaga sel daripada dimusnahkan oleh molekul oksigen tidak stabil.

Cendawan Agaricus Blazel Murill (ABM).

Dikenali juga sebagai cendawan matahari dan cendawan puteri, jaya dengan dua campuran polisakarida. Polisakarida yang ditemui dalam cendawan ABM memperbaharui dan menyokong system imun badan dengan merangsang pengeluaran limfosit sel T penentang kanser, sel T pembantu, interferon dan interleukin. Ini menyebabkan bilangan sel kanser yang dihasilkan dalam badan berkurang mengikut pertimbangan.

Soya.

Makanan yang rendah lemak, tanpa kolesterol, tinggi serat diet dan kaya dengan mineral. Kajian menunjukkan bahawa isoflavon iaitu fitokimia yang terdapat dalam kacang soya mengurangkan paras kolesterol serum dan risiko mendapat penyakit jantung. Isoflavon juga didapati boleh mencegah pertumbuhan sel kanser dan mengurangkan risiko osteoporosis di kalangan wanita. Kajian menunjukkan bahawan genistein menyekat angiogenesis atau pertumbuhan pembuluh darah baru yang menyebabkan pertumbuhan tumor. Ahli sains juga menyefari bahawa genistein menambahkan kemujaraban ubat kanser. Institut Kanser Kebangsaan Amerika Syarikat ketika ini, mengkaji kemungkinan menggunakan genistein sebagai ubat mencegah kanser.

Cendawan Maitake.

Mempunyai kandungan polisakarida bermanfaat yang tinggi iaitu beta-glukan dan polisakarida lain termasuk fosfolipid, nucleotides dan asid lemak tak tepu. Ia boleh menambah fungsi system imun dan menghalang pertumbuhan tumor. Pecahan D, bahagian polisakarida yang mengandungi aktiviti antitumor yang kuat boleh diekstrak daripada cendawan maitake. Pecahan D sahaja boleh menghalang pertumbuhan tumor dengan lebih berkesan berbanding dengan MMC diantara 45 peratus kepada 80 peratus. Dengan gabungan cendawan Maitake dan MMC, tumor dapat dihalang lebih daripada 80 peratus. Cendawan ini juga berguna untuk rawatan dan pencegahan kanser, AIDS, tekanan darah tinggi, diabetes, obesity dan kolesterol tinggi.


Oleh : Siti Hajar Mahmud

Sumber : Majalah WANITA – APRIL 2008

Khas Buat Kengkawan
Tahniah saya ucapkan kepada semua kawan2 yang dah habiskan pengajian di USIM..skrg nie waktu utk kita praktikal pulak. jangan lupe tonjolkan diri anda semasa praktikal nanti ye, bukan ape nanti senang kot2 majikan terus serap masuk jadi pekerja, hehehe..

akhir kata, maaf segala salah silap yang dilakukan sepanjang pengajian kita..keep in touch!!!




-