KUALA LUMPUR, 16 Dis (Bernama) -- Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada hari Rabu mengingatkan orang ramai, terutama peniaga supaya berwaspada dengan individu yang tidak bertanggungjawab menyamar sebagai pegawai suruhanjaya itu.
SSM dalam satu kenyataan di sini berkata modus operandi individu terbabit ialah mengunjungi premis perniagaan dan memaklumkan mereka sedang melakukan pemeriksaan ke atas premis dan meminta dokumen pendaftaran perniagaan, termasuk akaun perniagaan dan mengambil cop rasmi perniagaan.
"Terdapat kemungkinan tujuan mereka adalah bagi mendapatkan maklumat mengenai identiti perniagaan untuk disalahguna dalam kegiatan yang menyalahi undang-undang," kata kenyataan itu.
SSM berkata mengikut peruntukan undang-undang, setiap pegawai suruhanjaya itu yang datang membuat pemeriksaan di premis perniagaan perlu membawa kad kuasa yang mengandungi nama, nombor kad pengenalan dan gambar, pelantikan dan pemberian kuasa sebagai Penolong Pendaftar Syarikat dan Penolong Pendaftar Perniagaan, nama Pendaftar Syarikat yang memberikan kuasa dan nombor siri kad kuasa serta tarikh ia dikeluarkan.
Suruhanjaya itu menasihatkan peniaga supaya meminta setiap individu yang datang membuat pemeriksaan di premis perniagaan mereka menunjukkan kad kuasa.
Sekiranya wujud sebarang kecurigaan, peniaga dan orang ramai boleh merujuk kepada Suruhanjaya dengan membuat panggilan ke nombor 03-40476111/6222 atau faks ke 03-40476317 atau email di alamat enquiry@ssm.com.my.
-- BERNAMA